We are operating as usual during the CMCO. Please expect some delays in deliveries during this period.
Cart 0

Cinta Untuk Kekasih Hati - Ateen Khalid

RM 28.00


Tatkala rumah Tyara Ailana, seorang pelakon dipecah masuk oleh seorang peminat yang obses, Tengku Firas mengarahkan Luthfi Alzidan untuk melindungi wanita itu.

Luth berat hati pada mulanya untuk menerima tugasan itu mengenangkan siapa Tyara pada Tengku Firas.Namun, saat fikirkan keluarga di kampung.. dia terima.

Pertama kali bertentang mata dengan Luth, Tyara tergamam. Malah semakin Tyara mengenali lelaki itu, dia semakin menyenangi lelaki itu. Terutamanya ketika lelaki itu tersenyum dan berceloteh.Mengenali Luth membuatkan Tyara menjadi berani. Berani untuk keluar dari kehidupannya yang sebelum ini dan mencari bahagia yang diimpikan. Dia ingin hidup seperti orang lain. Hinggalah tiba ke satu tahap, Tyara sanggup tinggalkan semuanya hanya untuk memiliki cinta Luth. Namun Luth menolak.

Untuk mendapatkan cinta dan bahagia yang diinginkan, bukanlah mudah. Bila disangkakan semuanya telah selesai, suatu musibah telah merenggut kejam kebahagiaan Luth dan Tyara. Buat pertama kali Luth yang sentiasa melindungi menjadi lemah. Tyara pula diserang dengan rasa bersalah.

Kerana ada harga yang perlu dibayar kerana mencintai dia.

Please refer to the images for a summary/synopsis of the book.

Sila rujuk kepada gambar halaman belakang buku untuk membaca ringkasan buku tersebut. 

Customer comments

Author/Date Rating Comment