Cart 0

Cinta Islamicc - Sebuah Coretan Cinta Tanpa Ukur Dan Sempadan.

RM 30.00


“Sara, kau boleh jadi kawan aku. Tapi dengan satu syarat.”

“Haa. Boleh. Boleh. Apa dia?”

Nak berkawan pun kena ada syarat. Tapi tak apalah asalkan aku dapat berkawan dan mengenali Iman dengan lebih dekat. Ini adalah perubahan terbesar Iman bagi aku. Aku bahagia sangat melihat perubahan Iman semakin hari semakin baik. Walaupun dirinya masih bersifat dingin, sekurang-kurangnya Iman tidak berdingin dengan Tuhan.

“Sebenarnya aku cemburu dengan kau. Kau adalah diri aku yang dulu. Tapi itu kisah lama. Ada sebab aku berubah sampai jadi macam ni. Sebab kawan khianati aku. Sebab tu aku dah tak percayakan sesiapa.”

Sudah aku jangkakan, sekeras-keras Iman pasti ada kelembutan di hatinya yang dia belum tonjolkan. Dan hari ini, aku nampak lembutnya hati seorang Iman Nur Jannah. Di saat aku sedang sakit, dia yang ada di sisiku. Dia yang banyak tolong aku.

——————–

Apakah syarat yang Iman letakkan dan apa perjanjian mereka berdua sebenarnya? Apa pula ujian-ujian yang berlaku selepas mereka berdua mula berkawan baik? Adakah kekal persahabatan mereka itu?

Please refer to the images for a summary/synopsis of the book.

Sila rujuk kepada gambar halaman belakang buku untuk membaca ringkasan buku tersebut. 

Customer comments

Author/Date Rating Comment