Cart 0

Andai Mampu Kugapai Syurga-P2U

RM 29.00


Kerana fitnah, kasih sayang seorang ibu dipertaruhkan dan maruah seorang anak diperjudikan. Kerana fitnah itu juga kisah hidup seorang Nur Hanina Aira berubah. Dia dibuang dan terbuang.

Aku dah anggap kau macam anak kandung aku, jadi takkan aku tergamak nak rosakkan anak sendiri? Kau tu yang tak henti-henti nak goda aku.- Salihin

Kau kemas kain baju kau dan pergi berambus dari rumah aku! Aku tak ada anak derhaka macam kau!- Kamariah

Kekecewaan itu membuatkan dia leka dan lalai sehingga berlaku satu peristiwa yang membuatkan dia tersentak daripada lamunan. Sejak itu hidupnya ibarat jasad yang tidak bernyawa dan seperti kapal yang menanti karam. Kehadiran Lyn membuatkan keinginannya untuk hidup marak kembali tetapi titik hitam yang menghancurkan hidupnya tetap setia mengekori membuatkan dia tekad menjauhi cinta dan menyendiri.

Perkenalannya dengan seorang duda yang kacak lagi bergaya bernama Ir. Azrul Fahim telah membuka mata dan hatinya. Sikap lelaki itu yang matang, tenang dan bersahaja membuatkan dia senang bekerjasama. Sejak itu segalanya berubah dan pendirian yang dipertahankan juga mulai goyah.

Encik Fahim mesti seorang suami yang baik.- Hani

Kalau nak tahu, you kenalah jadi isteri I dulu.- Fahim

Lamaran Fahim yang muncul secara tiba-tiba, membuatkan jiwanya nanar dan dia mula menjauh. Fahim terus mengejar sedang dia asyik bersembunyi menafi perasaan yang mula beraja dalam hati.

Encik Fahim memang tak akan berputus asa, kan?- Hani
Not even for a second.- Fahim

Ketika diri sedang berperang dengan perasaan, Syafiq muncul secara tiba-tiba membuatkan dia trauma semula.  

Kau tak akan mampu bayar apa yang kau dah buat dan apa yang aku tanggung selama bertahun-tahun, Fiq'- Hani
Kau berdendam dengan aku, Hani.- Syafiq

Hani, Fahim dan Syafiq, mereka bertemu dan dipertemukan oleh takdir tetapi takdir yang bergaimanakah yang tertulis untuk mereka?  Andai pertemuan itu bersalut dosa, mampukah mereka meraih syurga?

Please refer to the images for a summary/synopsis of the book.

Sila rujuk kepada gambar halaman belakang buku untuk membaca ringkasan buku tersebut. 

Customer comments

Author/Date Rating Comment