[SASBADI] Sejarah Eropah (IPG/ UA)
Buku Sejarah Eropah ini ditulis dalam bahasa yang mudah difahami. Perbincangan dimulai dengan topik peradaban awal Eropah dengan melihat kepada kedudukan Eropah dalam peta dunia, sejarah Yunani dan Rom, serta aspek sosial dan ekonomi Eropah pada zaman awal. Perbincangan seterusnya meliputi persoalan-persoalan pada Zaman Gelap seperti pengertian Zaman Gelap dan ciri-ciri Zaman Gelap.
Perbincangan diteruskan dengan diskusi Zaman Pertengahan, diikuti ciri-ciri Zaman Pertengahan, diikuti ciri-ciri Zaman Pertengahan, masyarakat feudal, dan Perang Salib. Pembaca seterusnya didedahkan dengan Zaman Renaissance dan Zaman Reformation dengan melihat kepada pengetian kedua-dua zaman, ciri-ciri, dan tokoh-tokoh yang terlibat.
Pembaca juga didedahkan dengan perkembangan negara moden di Eropah, Revolusi Pertanian, dan Revolusi Perindustrian. Seterusnya, idea-idea dan institusi politik seperti kedaulatan parlimen, kontrak sosial, kebebasan, persamaan dan persaudaraan, liberalisme, sosialisme, nasionalisme, marxisme, komunisme, dan demokrasi dibincangkan. Akhirnya buku ini membincangkan implikasi imperialisme ke atas Tanah Melayu dalam aspek politik, ekonomi, sosial dan pendidikan.
Please refer to the images for a summary/synopsis of the book.
Sila rujuk kepada gambar halaman belakang buku untuk membaca ringkasan buku tersebut.
Customer comments
| Author/Date | Rating | Comment |
|---|