Cart 0

Saudagar Besar dari Kuala Lumpur

RM 13.00


Novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur memaparkan persoalan tentang kemunculan saudagar-saudagar Melayu dan giatnya gerakan dakwah Islamiah di kalangan generasi muda. Menerusi novel ini, Keris Mas menyimpulkan bahawa dalam usaha mencari kekayaan dan kemajuan, asas keagamaan harus dikuatkan supaya arah kemajuan yang hendak dicapai tidak menghancurkan bangsa dan agama.

Kisahnya berlatarkan dunia korporat di mana watak-wataknya bertentangan antara pendukung idealisme dan nilai moral yang suci dengan mendukung unsur-unsur alam dunia niaga yang canggih, mencabar dan penuh dengan unsur-unsur yang tidak diduga. Rupa-rupanya kedua-dua pertentangan ini boleh diselesaikan dengan kompromi yang serasi.

Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur membawa buah fikiran Keris Mas yang mahu membincangkan persoalan pembabitan Melayu dalam bidang perniagaan dan pembangunan ekonomi. Melalui novel ini, Keris Mas menonjolkan perihal bangsa Melayu yang bercita-cita tinggi dalam membangunkan bangsa dan negara selepas mencapai kemerdekaan untuk setanding dengan bangsa lain di dunia. Novel ini merupakan salah satu sumbangan besar dan bermakna daripada Sasterawan Negara Keris Mas kepada dunia kesusasteraan Melayu.

Please refer to the images for a summary/synopsis of the book.

Sila rujuk kepada gambar halaman belakang buku untuk membaca ringkasan buku tersebut. 

Customer comments

Author/Date Rating Comment