Cart 0
doaku

Inilah Doaku (Edisi Kemaskini) oleh Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

RM 20.00


Dalam buku kecil ini, kami kemukakan sejumlah doa yang sewajarnya dibaca dan diamalkan. Kami berazam dan bercita-cita untuk beriltizam membacanya pada waktu pagi meskipun jumlah doa yang dikemukakan tidaklah sebanyak mana.

Cukuplah untuk kita mengambil masa dalam 10 hingga ke 15 minit untuk bermunajat dengan doa-doa ini. Ia mungkin boleh dilakukan selepas solat Subuh atau sebelum pergi ke tempat kerja pada setiap pagi.

Dalam menghadapi musibah, doa dan permohonan kepada Allah SWT mampu menolong seseorang untuk menghadapinya. . Ibn Qayyim dalam al-Jawab al-Kafi menyebut bahawa doa merupakan ubat yang paling bermanfaat. Ia merupakan musuh bagi musibah. . Ia dapat mengubati dan mengatasinya, mencegah turunnya musibah atau mengangkatnya atau meringankannya. Ia merupakan senjata orang beriman.

Please refer to the images for a summary/synopsis of the book.

Sila rujuk kepada gambar halaman belakang buku untuk membaca ringkasan buku tersebut. 

Customer comments

Author/Date Rating Comment